KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh tidak memandang rendah keupayaan Myanmar yang menjadi lawan pertama pada aksi pembukaan Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura Ahad ini.
Pengendali berasal dari Melaka itu mengakui jentera serangan Myanmar diketuai Kyaw Ko Ko mampu memberi ancaman kepada skuad negara dan menuntut barisan pertahanan untuk bekerja keras mengekang asakan penyerang kelab Yangon United FC itu.
"Saya dan (penolong jurulatih) Mohd Reduan Abdullah ke Laos baru-baru ini bagi melihat sendiri keupayaan pasukan bertanding (pada pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki) dan saya akui Myanmar pasukan yang agak hebat.
"Bagi saya, kekuatan mereka di bahagian serangan dan saya nampak dia (Kyaw Ko Ko) adalah tonggak utama pasukan Myanmar. Saya akan ingatkan pertahanan kita supaya awasi pemain ini," kata Dollah selepas sesi latihan terakhir skuad negara di padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini, hari ini.
Dollah turut mengakui pemain masih cuba menyesuaikan diri dengan aksi di padang rumput tiruan bagi menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan B termasuk aksi kedua menentang Thailand pada 26 November ini di Stadium Jalan Besar.
"Pemain masih menyesuaikan diri dengan padang (tiruan) dan saya lihat ada peningkatan dalam kalangan pemain.
"Myanmar dan Thailand juga akan menghadapi perkara yang sama (beraksi di atas padang rumput tiruan) di Stadium Jalan Besar," kata Dollah.
Malaysia hanya akan beraksi di padang rumput biasa di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub menentang Singapura pada 29 November ini

Jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh.
No comments:
Post a Comment