Monday, 15 December 2014

CERITA SERAM DI HOSPITAL




Lokasi : Hospital Batu Pahat
Masa : 2.15 pagi
Tarikh : Januari, 2009


  "Rin, teman aku pergi tandas." Aku toleh pada pemilik suara itu, sepupu aku, Shila (bukan nama sebenar). Aku toleh semula pada jam di tangan.
  "Kau pergilah sendiri." Aku jawab.
  "Takut." Dia pun jawab.
  "Kan ada makcik guard jaga depan tandas tu."
  "Alaaa...temankanlaahhh.."

  Dengan penuh berat hati dan berat punggung, aku gagahkan juga diri menemani sepupu aku yg baru berusia 18 tahun ke tandas. Sebenarnya sudah hampir 4 hari kami 'menginap' di hospital ini. Waktu ini kami bergilir-gilir menjaga arwah nenek kami di hospital. Pakcik dan makcik juga sama-sama bergilir-gilir menjaga arwah nenek yang disahkan mengidap
 penyakit paru-paru berair ketika itu. Kebetulan, ketika nenek aku ditahan di hospital, aku sedang bercuti semester dan sepupu aku si Shila ni baru saja menamatkan SPM nya.
  Malam ini merupakan malam keempat nenek ditahan di hospital. Doktor kata sakitnya tenat. Maka, waris boleh berada di dalam kawasan hospital walaupun bukan pada waktu melawat. Cuma, hanya 2 orang waris sahaja dibenarkan masuk ke dalam wad, yang lain boleh menunggu di luar wad pesakit perempuan itu.
  Malam ini, emak dan makcik aku dah pun berada di sisi nenek aku di dalam wad pesakit. Maka, aku dan si Shila ni bersantai-santai lah di luar wad.

  Aku berhenti dari meneruskan langkah di kawasan koridor bersama-sama si Shila.
  "Kenapa?" Shila tanya, langkahnya turut terhenti.
  "Aku...aku..." Aku jawab gagap-gagap.
  "Kenapa dengan kau ni?" Shila cemas.
  Melihat reaksi wajah Shila yang memang dasar penakut tu, tak jadi aku nak menyambung lakonan aku menakut-nakutkan dia sebab dia dah memang penakut. Aku tergelak besar, akhirnya.
  "Kau ni memang tak gunakan." Aku tahu Shila dah masak sangat dengan perangai aku.
  "Aku tunggu kat sini jelah." Aku terus mengambil satu tempat duduk di koridor itu, bersebelahan dengan tangga. "Aku nampak kau dari sini." Aku tunjuk kat bawah. Aku boleh nampak makguard tu kat tandas bawah tu.

  Untuk pengetahuan you all...Hospital Batu Pahat yang aku pergi ni cuma ada 2 tingkat je. Dan, di laluan koridornya korang boleh tengok ke bawah sebab dia bukan bangunan yang tertutup keseluruhannya melainkan wad pesakit. Korang imaginelah sendiri.

  "Temanlah sampai bawah." Shila merayu.
  "Kau nii...dari sini boleh nampaklah. Lagipun makguard tu ada je kat depan tandas tu. Nak takut apa!!!" Kadang perangai penakut yg berlebih-lebihan seperti Shila ni boleh mengundang orang lain sakit jiwa.
  Shila akur. Dia pun turun ke bawah melalui tangga itu.




 
 5 minit berlalu...


  Berak batu ke apa budak ni?!!! Aku toleh jam kat tangan lagi, sambil membetulkan duduk di kerusi yang tak berapa selesa tu. Aku pusingkan kepala aku sepenuhnya menghadap ke bawah memerhatikan makguard tu dari tingkat atas.

  
Gedeekk..deekk..dekkk....dekkkk..deeeekkkk...dekkkkk....(bunyi katil disorong)
  Itulah bunyi yang aku dah hafal sangat sepanjang duduk kat kawasan hospital ni. Bunyi samada katil pesakit dipindahkan ke wad lain atau pesakit baru saja dimasukkan ke wad atau......pesakit dibawa ke bilik mayat.

 
Gedekkkk....dekkk...dekkkk..deeekkkk...
  
Lama bunyinya???
  
Mungkin jauh agaknya wad yang nak dipindahkan tu. Tapi...kalau aku tak silap, tangga sebelah aku ni merupakan tangga hujung sekali dari wad. Dan, sebelahnya lagi aku tak pasti lorong apa. Ke bilik rehat nurse agaknya. 

  Haissshhhhh!!! Macammana malam ni aku boleh terlupa tempat duduk ni tempat duduk paling hujung kat bangunan ni. Patutlah lengang je kawasan ni.

 
 Gedeekkk....dekkkkk..dekkkkk.....dekkkk....
  Apa ke lamanya nurse ni nak sorong katil tu??
  Aku beranikan diri. Menoleh ke arah sebelah tangga...perlahan...laa...haannn...

  Sunyi!
  Bunyi sorongan itu mati tiba-tiba.
  Hurmmm...perasaan aku je kot.

  Aku toleh pada makguard kat bawah semula, walaupun aku tak tahu apa ke motifnya aku merenung makguard yang langsung tak menyedari dirinya direnung oleh aku dari atas.

  
Gedeeekkkkkk...deekkkkk.....dekkkkkkk.....dekkkkk....dekkkkkk.....(kali ini bunyinya semakin laju dan semakin jelas seperti betul-betul lalu kat sebelah telinga aku ni..korang bayangkan lah sendiri)

  Nafas aku semakin kencang!!! Aku toleh...

  Sunyi!!!
  OK! Kali ni bukan perasaan aku lagi, ni betul-betul bukan cobaan.

  Alif ba ta! Alif ba ta! Alif ba ta! Alif ba ta! ~ Begitulah perumpamaannya bila aku nak baca surah-surah dan segala ayat pendinding yg aku hafal selama ni. Aku panik!

  Aku toleh ke bawah semula. Aku nampak Shila dah keluar dari tandas.
  "Shila! Kau berak batu ke apa??? Cepat sikit." Hahahahaha...aku dah takut gila time ni! Sampai makguard tu bagi amaran suruh perlahankan volume suara.


  
7.15 pagi...


  Aku dan Shila pergi breakfast kat restoran mamak berhampiran sebelum balik ke rumah pakcik saudara kitorang kat Batu Pahat. Waktu pagi, giliran sepupu yang lain pula menjaga nenek di hospital.

  Shila : Kau ni dari kecik memang berani, kan?
  Aku : Apsal?
  Shila : Malam kelmarin, aku mintak emak aku temankan pergi tandas. Tapi, emak aku pun tak berani nak duduk kat tempat duduk sebelah tangga tu.
  Aku : Kenapa makngah tak berani pulak?
  Shila : Siapa berani duduk dekat-dekat dengan bilik mayat malam-malam? Bukan kata emak aku, bapak aku tu pun takut-takut je.
  Aku : Mana ada bilik mayat kat situ??!!!
  Shila : Laahhh....kau tak tahu ke lorong sebelah tangga tu ada bilik mayat??!!!!

Anak Yang Dipelihara Anjing Sehingga Berusia 3 Tahun

Kisah tragis Madina bermula apabila dia ditinggalkan kedua ibubapanya sehinggalah ditemui semasa berusia 3 tahun.


Yang menariknya, dia telah dipelihara oleh seekor anjing sebelum itu.

Semasa ditemui, beliau hanya dapat mengucapkan dua perkataan, ya dan tidak serta lebih suka berkelakuan seperti anjing.

Madina sihat secara mental dan fizikal selepas dirawat oleh pasukan perubatan tidak lama selepas ditemui. 

Walaupun perkembangannya terhalang akibat ditinggalkan, dia beruntung kerana masih kecil.

Seorang pengasuh percaya bahawa Madina akan kembali normal apabila dewasa kelak.

Sunday, 7 December 2014

(7 GAMBAR) Penyokong Malaysia BELASAH Penyokong Vietnam, KJ dan Ramai yang Marah dan Tidak Setuju Tindakan itu


Shah Alam: Tindakan segelintir penyokong pasukan Malaysia dan Vietnam yang bergaduh di dalam Stadium Shah Alam sedikit mencemarkan saingan separuh akhir pertama Piala AFF 2014, di sini, malam tadi. Menurut laporan BHonline, insiden kecil itu bermula pada minit ke-85 apabila Harimau Malaya sudah ketinggalan 1-2 kepada Vietnam. 



Tuesday, 2 December 2014

12 Peraturan Seks Yang Pelik Tapi Benar Di Luar Negara..!!!

Setiap negara ada undang-undang dan peraturan budayanya..  Itulah yang membezakan sesebuah negara dengan negara yang lain. dalam bab seks ada ceritanya yang tersendiri... Ada yang kata boleh bercinta dengan binatang, ada peraturan gadis kena hilang daranya barulah boleh bernikah lantas berkahwin...memang pelik tapi itulah realiti di dunia..

Jadi jom kita selongkar beberapa peraturan pelik tentang seks yang termaktub dalam peraturan negara di dunia...

;1. Lebanon
Di Lebanon, Lelaki diperbolehkan ‘bercinta’ dengan binatang, asalkan binatang itu betina. Hukuman mati dikenakan bagi lelaki yang diketahui berhubungan dengan binatang jantan.

2. Bahrain

Doktor lelaki sah secara hukum untuk memeriksa alat vital wanita, tetapi dilarang secara langsung melihatnya terus menerus sepanjang pemeriksaan. Mereka hanya diperbolehkan melihatnya menerusi sebuah cermin.

3. Guam 
Ada pekerjaan full-time bagi para lelaki untuk menghilangkan dara gadis-gadis, yang akan membayar mereka untuk melakukan hubungan seks pertama kalinya.

Alasannya: Menurut hukum di Guam, wanita yang masih dara dilarang menikah

4. Hong Kong
Isteri yang dikhianati sah secara hukum membunuh suaminya yang curang, tetapi hanya dengan menggunakan tangan kosong. Sedangkan kalau isteri curang, boleh dibunuh dengan cara apapun.

5. ColombiaWanita di Colombia hanya diperbolehkan berhubungan seks dengan suaminya pada malam pertama dengan syarat ibu si isteri berada di dalam bilik untuk menyaksikan adegan tersebut.

6. Santa Cruz, Bolivia
Adalah tindakan melawan hukum jika seorang lelaki melakukan hubungan sex dengan seorang wanita dan anak perempuannya pada saat bersamaan.

7. Hungary
Pasangan tidak boleh melakukan hubungan seks dalam keadaan bilik yang cerah walaupun hanya diterangi cahaya lilin.

8. Oregan
Lelaki tidak dibenarkan menyebut kata-kata kesat semasa melakukan hubungan seks tetapi wanita bebas untuk mengeluarkan apa-apa sahaj perkataan.

9. Alexandria
Ia adalah salah di sisi undang-undang bagi seorang lelaki untuk mempunyai hubungan seks dengan isterinya jika nafas berbau bawang putih , bawang, atau sardin. Oleh undang-undang , suami perlu berus gigi jika diminta oleh wife.

10. Ecuador
Lelaki berhak memulangkan wanita yang dikahwini kepada keluarganya semula jika didapati wanita tersebut sudah tidak mempunyai dara.

11. Florida
Melakukan Seks oral boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

12. Newcastle, Wyoming
Satu undang-undang dari din Newcastle, Wyoming, melarang pasangan untuk melakukan hubungan seks di hadapan peti sejuk daging di pasar raya

CERITA SERAM HANTU JERANGKUNG

pada  suatu hari sepasangsuami isteri bersama anaknya ingin bercuti di cherating. apabila mereka sudah siap sedia untuk pergi ke cherating ,mereka pun bertolak . mereka bertolak tepat 8.30 mlm.apabila mereka melalui terowong lebuhraya karak anak mereka yang baru umur 17 bulan itu mula menangis .ia menangis sekuat hati .apabila mereka melepasi pekan karak tiba-tiba kereta mereka rosak. si suami pun alihkan kereta tersebut ketepi jalan. si suami  cuba membaikinya tapi tidak berjaya . si suami berkata kepada si isteri yang dia ingin ke pekan karak .tetapi si iateri melarang dia berbuat demikian .si suami berkata kalau kamu takut pasang lah kaset  al qur'an. si suami pun mula berjalan. setelah berjalan si suami berasa sangat letih dia pun duduk di bawah sebatang pokok yang besar dan agak seram.semasa si suami sedang berehat ada sebuahkereta yang dipandu oleh 4 oang pelajar kolej  memandu dengan laju .di dalam fikiran si suami berkata"haaa ni mesti nampak hantu ni".si suami pun teruskan perjalanan  apabila dia menghampiri pekan karak dia nampak sebuah lori yang memandu dengan laju orang yang memandu lori itu menjerit kepada si suami " dei tengok belakang dei".si suami pun dengan berasa tidak senang hati dia toleh kebelakang  dan telah nampak sesuatu yang agak mengerikan dia telah nampak mahluk halus yang bernam jerangkung .si suami cuba  melarikan diri tapi dia tidak berjaya.jerangkung itu telah menangkap si suami.si isteri tidak mengetahui yang suami nya telah di tangkap oleh jerangkung. si isteri berasa sangat risau dan takut .dia pun memainkan kaset al qur'an itu.setelah saja si isteri memainkan kaset tersebut tiba-tiba  kasetnya terpadam.bayi yang asyik menangis itu pun tiba-tiba tersenyap .si isteri berasa sangat pelik 2 minit selepas bayi itu dan kaset itu berhemti berbunyi jam menunjukkan pukul 3:00pgi.pada pukul 3:03 pgi si isteri terkejut apabila terdengar bunyi hentakkan di bumbung kereta . pada pukul 3:04 polis ronda yang memandu kereta  tersempak bersama kerata itu .seorang polis keluar dari pintu kiri ddan meng acukan pistol ke pada kereta itu dan seorang lagi polis keluar dari pintu kanan . polis yang keluar dari pintu kanan itu mengarahkan si isteri keluar dari kereta(PUAN SILA KELUAR DARI KENDERAAN DANBERGERAK KEARAH KAMI,JANGAN TOLEH KEBELAKANG CEPAT SIKIT)TAPI SI ISTERI DEGIL DIA TOLEH JUGA KEBELAKANG.APABILA DIA TOLEH KEBELAKANG DIA TERNAMPAK SATU MAHLUK YANG BERNAMAJERANGKUNG SEDANG MENJAMAH SUAMI DIA .SI ISTERI PUN BERLARI  KEARAH POLIS DAN TERUS MASUK KEDALAM KERETA POLIS TERSEBUT DAN SEORANG POLIS TELAH MELEPASKAN DUA DAS TEMBAKAN KEARAH JERANGKUNG  DAN KEDUA-DUA POLIS ITU MASUK KEDALM KERETANYA DAN TERUS KE PANGKALAN.PASAL JERANGKUNG TU TAKDE SESIAPA  PUN YANG TAHU APA JADI PADA MAHLUK ITU INILAH MITERI JERANGKUNG...

Monday, 1 December 2014

NGERI!!! KERANA MELAWAN, MUKA GADIS PARAH DITOREH PENYAMUN…

Pasir Puteh : Satu kejadian samun dan rompak telah berlaku di Lot 1195, Sentosa, Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Puteh kelantan.
Kejadian itu berlaku pada jam lebih kurang 1.40 petang yang mana telah disahkan oleh bilik Gerakan IPD Pasir Puteh Kelantan telah menerima panggilan telefon daripada talian 999.
Siasatan awal yang dibuat oleh pihak Polis dirumah mangsa didapati pada masa kejadian tersebut terdapat 3 org berada dirumah iaitu mangsa Hat Tema Bt Mat Zin, 58 tahun (Ibu), Nur Shafiqa bt. Lah, 22 tahun(Anak) dan Nur Shafatini bt. Lah, 18 tahun (Anak).
Saspek 2 lelaki melayu menaiki motosikal dan telah masuk kedalam rumah tanpa membuka topi keledar yg mempunyai penutup depan (Visor) manakala seorang saspek telah menendang pintu bilik air yg mana di dalamnya mangsa Nur Shafiqa sedang mandi.
Setelah pintu terbuka saspek telah tarik mangsa ke ruang tamu rumah dan mangsa dapati emak Mangsa (Hat Tema) sedang terbaring di ruang dapur rumah.
Kemudian mangsa Nur Shafiqa telah diminta oleh salah seorang saspek untuk mencabut sebentuk cincin yang sedang dipakai oleh mangsa iaitu IBU Nur Shafiqa (Hat Tema) yang sedang terbaring dilantai itu.
Nur Shafiqa kemudiannya telah dibawa masuk ke dalam salah satu bilik dan saspek telah mengambil satu telefon bimbit miliknya jenis iPhone 5 (S).
Semasa didalam bilik itu juga Shafiqa telah melihat saspek membuka seluar dan pada anggapannya dia akan dirogol oleh penyamun tersebut namun saspek pakai semula seluar apabila saspek yang kedua yang berada diluar bersama dengan ibu mangsa memanggilnya.
Saspek pertama terus keluar dari bilik dan kemudian masuk semula kedalam bilik serta menumbuk muka mangsa dan toreh muka mangsa dengan pisau kerana mangsa melawan.
Saspek kemudian keluar dari bilik dan seterusnya Nur Shafiqa terus kunci bilik dari dalam dan kemudian berteriak ikut tingkap untuk minta bantuan. Saspek dipercayai melarikan diri apabila mendengar mangsa berteriak meminta bantuan.
Pada masa yang sama adik mangsa iaitu Nur Shafatini turut berada didalam rumah. Adik mangsa berada dalam bilik berlainan pada ketika itu dan telah bersembunyi dibawah katil ketika saspek tendang pintu bilik.
Walaubagaimana pun beliau tidak nampak saspek yang masuk kedalam rumah mereka. Nur Shafatini kemudiannya telah menghubungi talian 999 bagi meminta bantuan dari pihak polis dan juga ambulan.
Setelang Polis dan ambulan tiba serta membawa kedua-dua mangsa Hat Tema dan Nur Shafiq telah dibawa ke Hospital Tengku Anis bagi menerima rawatan dan akan dirujuk ke HUSM utk rawatan lanjut.
Hat Tema mengalami cedera luka pada bawah mata sebelah kanan dan luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri kerana telah melawan 2 orang sapek (penyamun) manakala Nur Shafiqa mengalami kecederaan pada dahi sebelah kanan dan pada bibirnya.
Barangan yang telah disahkan hilang adalah barang kemas sebentuk cincin, seutas gelang tangan, telefon bimbit iPhone 5S warna putih.
Saspek utama 2 orang lelaki yang memakai topi keledar serta mempunyai bentuk badan kurus dan kenderaan yg digunakan saspek tidak dilihat.
Semasa kejaidan itu saspek bercakap dalam bahasa melayu dialek Kelantan dan muka saspek tidak dapat dicamkan kerana memakai topi keledar dengan penutup visor gelap.
Sementara itu pihak POLIS telah membuat siasatan ditempat kejadian dan Rajah kasar tempat kejadian itu telah dilakar serta gambar tempat kejadian juga telah dirakamkan dan juga kesan kecederaan mangsa.
Pihak Polis dengan Bantuan D8 telah dipohon untuk mengesan lokasi telefon bimbit mangsa dan anggota JSJ & JSJN telah diarahkan utk mengesan saspek terlibat.
Kes ini telah di Klasifikasi dan dicadang dibawah seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Nur Shafiqa Binti Lah, 22
Nur Shafiqa Binti Lah, 22

shafiqa copy

shafiqa-1 copy

shafiqa-2 copy