Wednesday, 26 November 2014

Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia


 
Rumah kaca memang merupakan sesuatu yang boleh menarik perhatian kita dengan cepat. Keunikan tersendiri yang ada pada rumah kaca menyebabkan ramai juga dalam kalangan kita yang menyimpan impian untuk memiliki rumah kaca yang hebat.

Jom kita lihat 11 rumah kaca yang paling menakjubkan di seluruh dunia.







Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia

Rumah ini adalah rumah konsep yang dibina oleh pereka dan juga arkitek yang bergiat cergas di Milano, Carlo Santambrogio 


Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia

Leonardo Glass Cube ini terletak di Bad Driburg, Jerman direka oleh 3Deluxe. Disiapkan pada Mei 2007, pavilion ini digunakan bagi tujuan mesyuarat korporat.

Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia
dRMM Architecture telah menghasilkan rumah yang sangat menakjubkan ini, iaitu rumah jenis sliding.



Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia

The Watervilla Kortenhoef ini terletak di Belanda. Ianya merupakan sebuah perumahan mewah tepi tasik yang menyediakan pemandangan panorama terus ke dalam rumah penghuni kediaman.


Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia

 Rumah "House R 128" oleh Werner Sobek Architects ini menyediakan 4 buah apartmen yang terletak di Stuttgart, Jerman.


Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia

Stahl Haouse, Case House 22 - 1635 ini terletak di Persiaran Woods, Los Angeles, California, USA. Rumah ini banyak digunakan bagi penerbitan TV dan filem.


Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia

 Rumah unik dengan 2 balkoni ini dicipta oleh Bassam El-Okeily daripada Mesir. 


Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia

 The Dune House terletak di selatan perkampungan Thorpeness di Suffolk. Anda boleh keluar dari ruang tamu dan terus ke pantai bagi menikmati keindahan panorama. Boleh juga sekadar menonton terus daripada bilik tidur dan bilik mandi.


Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia

 Rumah di atas pokok dalam hutan ini terletak berdekatan dengan pantai di Pittwater, 30 km ke utara dari Sidney. Rumah yang dikenali sebagai The Church Point Home ini dicipta oleh Firma Utz Sanby.


Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia

Rumah hasil ilham Kiyonobu Nakagame & Associates ini terletak di Minami-Boso, Chiba , Jepun


Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia

Rumah kaca di Changgyeonggung Botanical Garden ini dibina pada 1907 dan merupakan rumah kaca Korea yang pertama.  Bangunan ini direka oleh Hayato Fukuba dan dibina oleh syarikat dari Perancis.

Monday, 24 November 2014

'RUMAH TERBALIK' IN SABAH

Rumah Terbalik Di Sabah is best described as an otherworldly upside-down home. Billed as Southeast Asia’s first, the 1,500sqft compound looks like its neighbours traditional Sabahan homes, but the house, car and even a wheelbarrow leaning against the outdoor wall are all flipped over.


Designed by Alexander Yee, a look into this topsy-turvy home is like stepping into the pages of Alice in Wonderland, with sofas, ashtray, books and the TV in the living room, the beds and dressers in the bedrooms, the microwave, stove, tables and chairs in the kitchen all stuck to the ceiling.






Good to Know

Similar to Germany’s ‘The World Stands on its Head’ upside-down home, Rumah Terbalik Di Sabah (Upside Down Home in Sabah) is a childhood fantasy come to life. The compound is reminiscent of an amusement park: there is even a carport with a sedan stuck to its ceiling.
Yee’s primary purpose for building the home was to ‘call attention to the long-term impact of unbridled development, which has the potential to turn the world upside down’. The RM500, 000 project took only six months to complete and since it was opened to the public, it has quickly become a popular tourist attraction in Sabah

Sunday, 23 November 2014

RANGKAK TERKAHIR SI KECIL

Balik Pulau: Bayi lelaki berusia setahun enam bulan maut selepas dilanggar kereta bapanya dalam kejadian di kediaman keluarga mangsa di Jalan Bharu Balik Pulau, 11.30 pagi ini.

Ketika kejadian mangsa Muhammad Syamil Ziqri Jamzaidi, dipercayai merangkak keluar dari rumah dan bermain di ruang antara hadapan kereta Proton Iswara bapanya dan dinding rumah.

Bapa mangsa berusia 30-an tidak menyedari kehadiran bayinya itu terus menghidupkan enjin menyebabkan kereta berkenaan bergerak ke hadapan berikutan dipercayai ditinggalkan dalam keadaan gear tidak dineutralkan.

Bapa mangsa melakukan pemeriksaan kemudian menemui anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum membawa mangsa ke Hospital Pulau Pinang (HPP), bagaimanapun mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HPP.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Hitam, Jalan Bharu Balik Pulau 6 petang ini.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Saad, mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


10 Pulau Paling Menakutkan Di Dunia

 Layaknya pulau adalah merupakan sebuah tempat percutian yang paling indah. Kebanyakan pelancong memilih pulau untuk mencari ketenangan kerana ia mempunyai keunikan dan keindahannya tersendiri.. Namun di dunia ini terdapat juga pulau yang sangat merbahaya dan tidak layak untuk disinggahi oleh manusia.. Berikut adalah senarai pulau yang paling seram di dunia..

Ilha de Queimada Grande (Pulau Ular), Brazil


Seorang nelayan telah ditemui mati berlumuran darah di kapalnya kerana serangan ular dan satu keluarga dibunuh oleh serangan ular pada waktu malam. Ini bukanlah deskripsi cerita filem INDIANA JONES atau ANACONDA, namun inilah yang terjadi di pulau Ilha de Queimada Grande. Kurang mengerikan?

Dikatakan populasi ular di pulau ini digambarkan bahawa bagi setiap satu meter persegi dihuni oleh hampir lima ekor ular. Ini adalah pulau yang menjadi syurga ular di dunia.

Pulau Poveglia, Itali


Terletak di sebuah teluk di Venice, Italia, pulau ini seakan menggambarkan apa yang ada dalam filem HOSTEL, SHUTTER ISLAND dan SUCKER PUNCH. Pada mulanya, Poveglia adalah lokasi ‘pembuangan’ bagi mereka yang telah dijangkiti wabak penyakit. Ribuan orang dikuarantin di lokasi ini dan mereka akan meninggal dunia di Pulau Poveglia ini.

Sekitar 160 ribu orang meninggal di Poveglia, dengan tulang-tulang mereka yang berselerak. Seakan belum cukup mengerikan, pada tahun 1922, telah dibangunkan rumah sakit mental dengan bunyi lonceng yang menyeramkan. Khabar angin menyebutkan, doktor rumah sakit seringkali melakukan pembedahan otak untuk para pesakit jiwa.

Pulau Ramree, Myanmar


Pada tahun 1945, sekitar 900 orang tentera Jepun menyerang musuh di pulau kecil di Pantai Myanmar. Malangnya, 500 orang tentera tumpas diserang oleh sekelompok buaya air tawar.

Pulau Ramree diyakini bukan hanya rumah bagi nyamuk pembawa malaria atau kala jengking berbisa, namun yang paling menakutkan, buaya!

Pulau Izu, Jepun


Untuk bernafas kita perlukan udara yang sihat yang mengandungi oksigen, namun akhir-akhir ini udara diseluruh dunia sudah terlalu tercemar. Namun setidaknya udara itu tidak mengandungi unsur-unsur bahaya sulfur. Tapi yang ada di pulau Izu ialah kandungan sulfur yang tinggi di udara.

Kandungan sulfur di pulau Izu diakibatkan oleh tingginya aktiviti gunung berapi di sana. Izu menjadi lokasi dengan kandungan sulfur tertinggi di dunia, namun yang anehnya masih ada manusia yang ingin tinggal di sana. Ingin ikut?

Great Pacific Garbage Patch, Pasifik Utara


Jika pulau-pulau boleh terbentuk dari daratan, pulau yang terletak di Pasifik Utara ini terbina dari tompokan sampah. Dengan luas sebesar Texas, pulau ini berisi sampah-sampah yang dihanyutkan oleh arus laut. Mungkin ketika terdampar di pulau ini dan kita terjatuh ke dalam air, ikan jerung sentiasa bersedia untuk menyambar anda.

Pulau Fiji 


Apa yang terlintas di fikiran ketika melihat gambar pulau Fiji yang kelihatan indah ini? Pulau ini sangat sesuai untuk berbulan madu? Sebenarnya tidak. Fiji dikenali sebagai pulau dengan banyak insiden kematian misteri. Termasuk cerita kanak-kanak kanibal, pembunuhan dan penyeksaan kanak-kanak.

Seseorang yang mengunjungi pulau ini pada tahun 1839 mengaku melihat mayat remaja lelaki, wanita, dan kanak-kanak. Malah, mayat itu dimasak dan dimakan oleh populasi suku kanibal di sana kerana pulau ini juga didiami oleh puak kanibal. Mengerikan..

Balls Pyramid, Australia


Balls Pyramid memiliki ketinggian sekitar 1,800 kaki. Dihuni oleh serangga mengerikan yang disebut Drycocelus Australise. Serangga yang juga sering disebut dengan Lord Howe ini berukuran 6 inci dan tak boleh terbang. Meskipun tidak membunuh, namun bisanya boleh membuat manusia menderita kesakitan.

Pulau Runit, Pasifik Utara


Pulau Runit adalah pulau di mana tentera Amerika Syarikat melakukan lebih dari 150 kali ujikaji nuklear antara tahun 1946-1962. Pihak tentera berusaha membersihkan sisa-sisa radioaktif pada tahun 1970-an, namun hingga saat ini kawasan itu masih terlarang untuk dikunjungi kerana paras radiasi yang sangat tinggi.

Pulau Farallon, San Fransisco


Hampir sama seperti pulau Runit, pulau Farallon juga menjadi lokasi sampah untuk lembah nuklear pada tahun 1946-1970. Di mana lebih dari 47,800 drum sisa radioaktif berada di sana. Bercuti ke pulau ini, bererti kita menyerahkan hidup kepada kematian.

Pulau Gruinard, Scotland


Pulau di kawasan Scotland ini disebut sebagai lembah paling beracun di dunia. Bayangkan, pada tahun 1942 orang Inggeris mula mengembangkan anthrax sebagai senjata untuk Perang Dunia II. Mereka melakukan ujikaji bom dengan bakteria yang ada di pulau ini, meskipun tidak menjadikannya senjata (untunglah). Tahun 1986, operasi pembersihan dilakukan dengan menyemburkan 280 ton formalin di pulau ini.

Ngeri- 3maut 11 lagi cedera akibat letupan lombong



Sri Aman : Tiga maut manakala 11 lagi cedera parah dalam kejadian letupan di lombong arang batu di Silantek, Pantu, di sini, 11 pagi tadi.

Mereka yang terkorban dikenal pasti sebagai warga Myanmar, Korea dan Indonesia.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.32 pagi dan enam anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.





Katanya, anggota bomba mengambil masa satu jam untuk tiba di lokasi kejadian yang jaraknya 62 kilometer dari Balai Bomba Sri Aman pada jam 12.40 tengahari tadi.

"Letupan berlaku pada jarak 150 meter di dalam terowong dan sehingga kini tiada mangsa terperangkap," katanya. Credit Berita Harian

Kisah Seram Banglo Lama Di Taiping

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada suatu kisah seram yang berlaku di Taiping sekitar tahun 1990 an.. Kisah berlaku di sebuah banglo lama..

                                                  Sekadar Gambar Hiasan                                                     
Kisah ni berlaku di rumah banglo makcik aku kat taiping sekitar tahun 1990an…nama umah makcik aku ni ‘Sangkuriang Villa’…Makcik aku ni ada anak laki (sepupu aku) yang boleh nampak benda-benda aneh..kira sixsenth la..
Dari kecik lagi sepupu aku ni boleh nampak hantu & jin masa tinggal kat umah tu. Sampai sekarang dia still nampak lagi tapi tak selalulah mcm dulu. Rumah makcik aku ni pulak bekas peninggalan masa zaman british yang menduduki taiping dulu..tahu je lah umah banglo zaman british dulu, bawah batu atas kayu. Ada tiang2 besar dan kat belakang umah makcik aku ni ade pokok ketapang tinggi yang dahan dia mencecah bumbung rumah. Suasana sekeliling redup & suram je.. (skarang ni rumah tu dah jadi opis tentera & makcik aku ni dah pindah tmpat lain). Kalau ade forumer kat sini berasal dari taiping mesti tahu rumah banglo lama sebelah asrama kem askar Taiping tu. Kalo dok kat area umah ni, bila time azan maghrib atau azan subuh je msti dengar bunyi anjing menyalak sayup2 je kt sekitar umah tu..bila kuar tengok takde pun kelibat anjing kat area situ..memang menyeramkan…

Setiap cuti sekolah hujung tahun je aku ngan family selalu datang umah diorang bermalam..so sepupu aku ni mula la bukak cerita…

Dari kecik dia boleh nampak & berkawan dengan jin, dia siap makan,minum & bermain sekali dengan jin tu. Tapi yang bestnye cuma dia je yang nampak tapi orang lain tak nampak. Pernah kitoran suruh dia lakarkan gambaran jin tu, rupa dia macam kartun dalam citer casper… makcik aku ni pada mulanya takut jugak tengok keadaan anak dia ni…

Ada skali tu makcik aku dengar sepupu aku ni borak dengan seseorang kat buaian depan umah dia..bila makcik aku keluar tengok, takde orang lain cuma sepupu aku je kat situ..terus makcik aku tarik masuk dalam umah. Masa sepupu aku nak mandi pulak dia nampak ada tangan berbulu kat celah tingkap bilik mandi tu tengah lambai kat dia. Bila dia pandang balik benda tu dah takde..

Pernah terjadi masa aku dengan family datang tido kat umah dia. Family pakcik aku yang lain pun datang bermalam jugak..So petang tu hujan renyai2, kitorang dengan sepupu yang lain tak boleh kuar umah & just main nyorok2 kat tingkat atas umah dia. Siap main baling2 bantal dan yang bestnye kitorang main baling-baling 1 teddy bear ni sampai tercabut mata dia sebelah. Alih2 tengok, teddy bear tu dah macam ngeri dah…

Pastu masa dekat maghrib tu pulak ade sekor kelawar hitam masuk umah dia. Kitorang pun halau la kelawar tu keluar. Ntah macamana sepupu aku ni pulak tersilap pukul klawar tu dengan penyapu sampai mati… then malam tu kitorang tido berhimpit2 kat tingkat atas tu..masing2 dah takut sebab teringat kelawar yang mati tu takut datang kacau kitorang..

Tengah malam tu…sepupu aku ni tiba-tiba terjaga. Dalam ramai-ramai tu dia tido tepi sekali..masa tu dlm gelap..dia rasa ade orang mendengus kat sebelah dia (dari tepi dia yang takde org tu). Bila dia bukak mata je dia tengok ada sepasang mata merah terjegil tengah pandang dia macam orang tengah marah.

Apa lagi sepupu aku ni terperanjat terus bukak lampu & kejut sepupu2 aku yang lain. Kitorang semua bangun..pastu dalam dok kecoh2 tu…tiba-tiba ada sedara aku yang lain ni tunjuk ada kesan calar kat badan dia sampai luka2.. kitorang pun tanya la kot2 dia kena apa2 masa tido. Ntah dia cakap takde plak. Sedar2 je dah ade calar tu.

Sepupu aku ni citer la lagi yang adik bongsu dia masa tu umo dalam lingkungan 4 – 5 tahun selalu menangis bila tengah malam.. tiap2 malam pukul 12 je mesti menangis macam ketakutan & nampak sesuatu. Ada ustaz yang dok area situ bagitau, kat atas bumbung umah dia ni ade puntianak bergayut, sebab umah dia ni kat atas bumbung tu penuh dengan pokok menjalar yg bersambung dengan dahan pokok ketapang tu..

Ni sepupu aku citer aper yang dia mimpi..dlm mimpi tu,dia tgh bermain sebelah umah dia..masa tgh bermain tu dia terpandang satu lembaga besar & tinggi berwarna hitam berdiri betul2 sebelah pokok ketapang blakang rumah dia tu.. lembaga hitam tu berbulu dan badannya tinggi melepasi dahan pokok ketapang tu. Ketika lembaga yg menakutkan tu cuba lalu sbelah pokok ketapang tu, tiba-tiba badan lembaga tersebut terkena dahan pokok lalu dahan tu patah…

Keesokannya, biler sepupu aku ni sedar dari tidonyer, dia try lah gi tengok kat belakang umah.. mmg betul2 dia nampak dahan pokok ketapang tu patah sama cam dlm mimpi dia… Aper lagi terkejut la sepupu aku ni…

Malam ke-2 pulak…

Masa spupu aku ni tengah sedap tido kat bilik dia, tiba-tiba dia terjaga tapi dalam keadaan mamai… Dia nampak ader 2 orang datang dekat katil dia. Sorang tu lelaki, dan sorang lagi pompuan berpakaian seperti pembesar zaman kesultanan melayu dulu2, datang ke arah spupu aku yg tengah mamai ni dan laki tu bagitahu yang dia minta maaf kat sepupu aku coz semalam ada penghulu/org2nya lalu kat belakang umah tu dengan tak sengaja dah terpatahkan dahan pokok ketapang tu.. Beberapa ketika kemudian spupu aku ni terjaga & dia terbau wangi seluruh bilik tido dia tu…
Keesokannya sepupu aku ni citer la kat mak dia aper yg dia alami mlm tadi.. so mak dia ckp kemungkinan org tu adalah org bunian yg tinggal kat blakang umah dia tu…Mungkin itu cuma dugaan, tapi kebanyakan orang memang suka menduga-duga,kan?




Thursday, 20 November 2014

Piala AFF: Dollah akur Myanmar memang lawan liat

KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh tidak memandang rendah keupayaan Myanmar yang menjadi lawan pertama pada aksi pembukaan Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura Ahad ini.
Pengendali berasal dari Melaka itu mengakui jentera serangan Myanmar diketuai Kyaw Ko Ko mampu memberi ancaman kepada skuad negara dan menuntut barisan pertahanan untuk bekerja keras mengekang asakan penyerang kelab Yangon United FC itu.
"Saya dan (penolong jurulatih) Mohd Reduan Abdullah ke Laos baru-baru ini bagi melihat sendiri keupayaan pasukan bertanding (pada pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki) dan saya akui Myanmar pasukan yang agak hebat.
"Bagi saya, kekuatan mereka di bahagian serangan dan saya nampak dia (Kyaw Ko Ko) adalah tonggak utama pasukan Myanmar. Saya akan ingatkan pertahanan kita supaya awasi pemain ini," kata Dollah selepas sesi latihan terakhir skuad negara di padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini, hari ini.
Dollah turut mengakui pemain masih cuba menyesuaikan diri dengan aksi di padang rumput tiruan bagi menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan B termasuk aksi kedua menentang Thailand pada 26 November ini di Stadium Jalan Besar.
"Pemain masih menyesuaikan diri dengan padang (tiruan) dan saya lihat ada peningkatan dalam kalangan pemain.
"Myanmar dan Thailand juga akan menghadapi perkara yang sama (beraksi di atas padang rumput tiruan) di Stadium Jalan Besar," kata Dollah.
Malaysia hanya akan beraksi di padang rumput biasa di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub menentang Singapura pada 29 November ini

Jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh.

INILAH HOSPITAL PALING SERAM DI DUNIA

Pernahkah kamu mendengar kisah-kisah seram dari hospital? Tak boleh dinafikan memang bahawa hospital seringkali mempunyai cerita menyeramkan sama ada ia berkait dengan makhluk halus atau hal lain.

Kisah seram bukanlah hal bohong, kerana ada hospital di dunia ini yang dianggap sangat seram sehingga lebih baik kamu menghindarinya jika harus dirawat di sana.

Seperti apa kisah seramnya? Boleh percaya atau tidak, mari kita lihat..

 Nocton Hall - Britain

Nocton Hall awalnya adalah sebuah rumah mewah sampai Perang Dunia II ketika diambil alih pasukan Amerika sebagai tempat untuk tentera cedera sehingga Perang Teluk. Bangunan ini kemudian ditinggalkan pada 1995. Cerita hantu yang terkenal adalah adanya suara gadis muda menangis namun tidak ada sosoknya. Orang-orang percaya bahawa gadis muda itu adalah pelayan yang menjadi mangsa perkosaan dan pembunuhan anak pemilik rumah mewah Nocton Hall.

 Severall - Britain

Hospital Severall di Britain ini juga dikenali atas kaedah rawatan aneh dan mengerikan terhadap pesakit sakit mental seperti lobotomi frontal sampai terapi kejutan elektrik. Dibuka pada tahun 1913, Severall ditutup pada 1990an. Namun tidak bagi pemburu hantu, kemudahan bilik mayat dengan khabar angin seringnya suara menyayat hati misteri terdengar menjadi alasan mereka datang

 Ararat Lunatic - Australia

Ketika ini rumah sakit jiwa ini dikenal dengan nama Aradale. Namun semasa dibuka pada 1867 diberi nama Ararat Lunatic dan menjadi yang terbesar di Australia. Namun asylum ini mempunyai kaedah rawatan mental yang mengerikan dan aneh untuk puluhan ribu pesakitnya. Selama 130 tahun beroperasi, ada 13 ribu pesakit meninggal. Maka tak hairan muncul kisah angker di sana, termasuk adanya pelancongan bilik mayat. Mahu cuba?

 Beechworth Lunatic - Australia

Awalnya hospital sakit jiwa ini dikenal dengan nama Mayday Hills Lunatic dan rupanya Beechworth ini merupakan 'saudara' dari rumah sakit Ararat di Australia dan dibuka selama 128 tahun sebelum akhirnya tutup pada 1995. Kisah mengerikan yang muncul di Beechworth adalah doktor yang menggunakan pesakit sebagai objek eksperimen gila mereka. Ada 9,000 pesakit yang meninggal di Beechworth termasuk gadis muda misteri yang dilempar keluar tingkap.

 Sai Ying Pun Psychiatry - Hong Kong

Rumah sakit jiwa ini dibina di Sai Ying Pun pada tahun 1892. Namun rupanya mempunyai gelaran sebagai Rumah Hantu High Street kerana banyaknya cerita seram yang muncul. Awalnya hospital ini menjadi tempat tinggal staff jururawat sampai Perang Dunia II. Khabarnya tentera Jepun menggunakan bangunan ini sebagai ruang eksekusi. Sehingga cerita suara wanita menangis misteri, roh-roh dipenggal yang mengembara di lorong menjadi cerita normal di sini

 Taunton State - Amerika Syarikat

Taunton State dibangun pada 1854 sebagai hospital sakit jiwa dan mempunyai sejarah mengerikan. Salah satunya adalah Jane Toppan, seorang pembunuh bersiri yang sudah menghabisi nyawa 31 jururawat. Bahkan khabar angin juga menyebutkan adanya doktor dan jururawat yang melakukan ritual syaitan dengan mengorbankan salah satu pesakit. Belum lagi penglihatan bayangan lelaki misteri menjadi hal biasa yang boleh kamu lihat semasa  berkunjung

 Athens Mental - Amerika Syarikat

Hospital sakit jiwa Athens ini dibuka pada 1874 dan selama bertahun-tahun menerima pesakit gila. Pada 1950-an, hospital ini merawat lebih daripada 1,800 pesakit dan terkenal kerana prosedur lobotomi yang mengerikan. Anehnya, hospital ini merahsiakan dengan ketat identiti pesakit. Belum lagi dengan ditemukannya 1900 mayat di bawah bangunan. Salah satu kisah mengerikan adalah hilangnya pesakit wanita pada 1978 dan dijumpai setahun kemudian di bangsal dengan percikan darah di lantai yang dapat dilihat sampai saat ini.

 Royal Hope - Amerika Syarikat

Terletak di St. Augustine, Florida,hospital Royal Hope awalnya adalah rumah sakit tentera yang digunakan pada 1784-1821 sebelum akhirnya dihancurkan. Ketika dibina semula dan memperbaiki saluran air, beberapa pekerja bangunan mendapati bahawa hospital itu dibina di atas kuburan lama. Hal itu yang membuat seringnya kejadian tak masuk akal seperti peralatan perubatan yang bergerak sendiri, ada yang bergerak di bawah kaki dan cerita seram lain yang membuat Royal Hope menjadi salah satu tempat berhantu di Florida.

 Hospital lama Changi - Singapura

Dibina pada 1935, hospital lama Changi menjadi salah satu laman yang paling berhantu di Singapura selama bertahun-tahun. Saat dibina pertama kalinya, bangunan ini adalah hospital tentera yang kemudiannya dijadikan penjara oleh tentera Jepun sampai ruang penyiksaan. Pada 1997, hospital ini berhenti beroperasi dan ditinggalkan. Banyak pemburu hantu cuba merakam aktviti supranatural di sini dan mencari penemuan mengerikan seperti suara mahupun penampakan misteri

Tranquille Sanatorium - Kanada

Tranquille Sanatorium terletak di berhampiran tasik Kamloops, Kanada. Awalnya tempat ini digunakan untuk merawat pesakit batuk kering dan akhirnya menjadi hospital pada 1907. Namun pada 1950-an Tranquille ditutup. Semenjak itu kisah seram terus muncul seperti ada bola mengembang sendiri di malam hari atau suasana sejuk yang tak masuk akal. Bahkan ada khabar angin mengenai jururawat yang dibunuh oleh pesakitnya